AXL'S atau ALL SIZE XTRA LARGE ialah nama sebenar bagi kumpulan AXL'S. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1994 serta dianggotai oleh seramai 4 orang ahli iaitu Elly (penyanyi), Riz (dram) Man Jig (bes) dan Farock (gitar). Pada 14 Mei 1996, kugiran ini mendapat tawaran merakamkan album yang pertama yang bertajuk AXL'S di bawah label AUDIO ONE dan saudara Boy (gitar) telah dipilih sebagai ahli baru dalam album ini lalu menjadikan kugiran ini seramai 5 orang ahli, manakala saudara Riz pula telah digantikan oleh saudara Lee atas sebab penyambungan pelajaran. Pada tahun 1997, kugiran ini telah mengeluarkan sebuah lagi album yang bertajuk Ikrarku Janjiku, lalu kugiran ini kembali kepada 4 orang ahli oleh kerana pengunduran saudara Boy manakala saudara Farock kembali menjadi pemain gitar utama.

Anggota - Ahli Asal
Elly - (Vokal)
Farock - (Pemain gitar pertama)
Boy - (Pemain gitar kedua)
Man Jig - (Pemain bes)
Riz - (Pemain dram)

Ahli Terkini
Elly (vokal)
Rizz (dram)
Atar (gitar)
Topek (gitar)